Wednesday, September 26, 2012

Ibu Mengandung Siri 3

Bertemu kembali...

Siri ke-3 ni ummi nak cerita kenapa perlu protin kepada ibu-ibu mengandung, apa kebaikannya untuk ibu dan bayi dalam kandungan dan protin yang mana terbaik yang kita nak ambil.

Protin ni penting sangat...susah ummi nak menggambarkannya..tapi ramai yang tak ambil port orang kata. Sapa antara ibu-ibu ada ambil biologi masa SPM dulu?. Tentu ada belajar tentang sel dan protin kan. Ummi pernah baca buku biologi tingkatan 4 (ummi ni bukan orang sains tapi dah minat tentang kesihatan, ummi belek-belek lah buku tu). Dalam buku tu menerangkan tentang protin iaitu terdiri dari 22 blok binaan asid amino. Asid amino ni yang ummi faham ibarat 26 huruf dari A sampai Z, yang membentuk beribu-ibu perkataan,jadi asid amino ni yang membentuk atau menjadi macam-macam fungsi dalam badan, selnya, sarafnya, hormonnya dan segalanya. Tapi dalam 22 blok amino asid tu ada 9 jenis yang badan tak boleh sentesiskan sendiri, kena ambil dari makanan, dan 13 yang lebihnya badan kita boleh hasilkan sendiri...huh nak cakap pasal protin ni tak abis 2, 3 hari ni..Maha Kuasa Allah banyak lagi ilmuNya kita tak tau. Alhamdulillah syukur kita masih lagi sihat walau mungkin kita tak cukup protin saat ini. Prosesnya kita tak nampak (pembesaran bayi dalam kandungan pun tak rasa) kita buat tak kesah jelah, ye tak?

Ibu-ibu, pembentukkan semua organ bayi dalam kandungan bermula dengan protin. Jadi pastikan ibu mendapat protin yang cukup iaitu 60 gram sehari yang ummi rujuk dari Lembaga Pemakanan, Akademi Sains Kabangsaan. 60 gram tu agak-agak ummi satu cawan. Protin yang terbaik iaitu protin soya, sebab soya adalah sumber protin yang lengkap tanpa lemak. Nak dapat kat mana? Cukup ke kalau suka minum air soya atau makan tau fu fah?.Ummi tanya ni sebab ada yang cakap kat ummi saya suka minum air soya..ialah masa mengandung lebih baik minum air soya dari kopi atau air sirap. Air soya tu bukan apa, dah kurang protinnya, mungkin dah tak lengkap sebab ia melalui proses pemanasan, soya dalam kotak atau tin pula ada bahan pengawet walaupun tulis tanpa bahan pengawet. Jadi di sini ummi nak suggest kan Energizing Soy Protin (ESP) dari Shaklee. Siri lepas ni ummi akan kisahkan apa lebihnya ESP ni, bezanya dengan orang lain , kebaikan dan kebaikannya kepada semua orang, bukan ibu mengandung saja ye, tapi semua orang, kecil, besar, tua, muda, lelaki, perempuan.....nantikannnn.


Selamat malam...anak ummi dah tidur kat riba ni. 


 013-2072939
ummihannah71@gmail.com



No comments:

Post a Comment