Wednesday, December 22, 2010

Ketahuilah...kesihatan anda


KETAHUI CORAK PEMAKANAN ANDA…yang anda telah sedia maklum.

Ketahui apa yang anda masukkan ke dalam perut/tubuh anda.
·         Bahan perasa, pengawet, pewarna
·         Ubat-ubatan
·         Bahan kimia, racun, toksid

Ketahui apa yang anda minum
·         Klorin
·         Plumbum (dari paip air)
·         Merkuri(pencemaran logam dalam air)
·         Kimia organik (aluminium,cadmium,kuprum,hidrokabon)
·         Mikrobiologi (e.coli,sista, cryptosporidium)

Ketahui apa yang anda sedut
·         Asap rokok/kenderaan
·         Racun-racun serangga
·         Udara yang tercemar/jerebu
·         Bau-bauan (gas-gas, bahan pencuci kimia)

Ketahui proses penghasilan zat pemakanan kepada tubuh anda

            Makanan→Nutrien→sel→tisu→organ→sistem-→tubuh anda

Ketahui corak pemakanan anda
·         Karbohidrat berlebihan (nasi, tepung, gula)
·         Lemak berlebihan (makanan bergoreng, berminyak, bersantan)
·         Kurang serat (kurang sayur dan buah-buahan)
·         Kurang protin (protin dari daging/telur mempunyai lemak tinggi)
·         Air yang tidak ditapis (terdapat bahan cemar)
·         Bahan-bahan cemar dalam makanan (pewarna, perasa, pengawet)

Ketahui bahawa tahap kesihatan seseorang dipengaruhi oleh beberapa faktor berikut mengikut peratusan :
i.        Faktor rawatan dan sistem perubatan – 10%
ii.      Faktor genetik atau keturunan – 18%
iii.    Faktor persekitaran – 19%
iv.    Faktor gaya hidup – 53%

(Faktor gaya hidup menyumbang peratusan yang besar terhadap kesihatan seseorang)

Ketahui bahawa penyakit-penyakit kronik utama dewasa ini berpunca kebanyakannya dari faktor gaya hidup seseorang itu, seperti penyakit :

·         Jantung
·         Kanser
·         Kencing manis
·         Strok
·         Hipertensi (tekanan darah tinggi)
·         Asma
·         Asteoporosis
·         Artritis
·         Depression (kemurungan)

Ketahui apa yang badan anda perlu

·         Kabohidrat
·         Lemak
·         Protin
·         Vitamin dan mineral
·         Serat
·         Udara
·         Air

Ketahui berapa keperluan tubuh anda 

·         Karbohidrat – hanya mengikut keperluan kalori anda 

·         Protin – (protin lengkap) sebanyak 53 – 60 g
            ( Sepotong daging merah seberat 100g, tidak memberikan 100g protin, tetapi hanya membekalkan 19% protin, 42% lemak dan 35% air : lemak tinggi ,kolestrol juga tinggi.)

·         Lemak – nisbah lemah tak tepu kepada lemak tepu ialah 2:1
            Lemak tak tepu ialah lemak yang berasaskan tumbuh-tumbuhan atau sayur-sayuran (kecuali minyak kelapa)
            Lemak tepu ialah lemak dari sumber haiwan, mentega, minyak sapi,keju dan lain-lain.

·         Vitamin dan Mineral – keperluan vitamin telah ditetapkan oleh USRDA.
            Mengikut pakar pemakanan, untuk kekal sihat dan menjauhi penyakit pembunuh dewasa ini, keperluan harian nutrien  meningkat pada kadar yang munasabah untuk berdepan dengan gaya hidup kini dan pencemaran yang berleluasa.Contohnya, pengambilan vitamin C adalah pada kadar 1000mg -2000mg sehari.

·         Serat – keperluannya antara 25 – 30 g sehari.
            Serat bukanlah zat, kerana ia secara amnya tidak diserap ke dalam darah, tetapi ia amat penting untuk kesihatan sistem penghadaman, menurunkan tahap gula dalam darah dan kolesterol serta mengurangkan risiko jantung dan kanser.

Ketahui bagaimana kesihatan anda pada masa akan datang...

·         Bagaimana kesihatan anda 10 ke 20 tahun akan datang adalah hasil dari pilihan anda hari ini, jika anda biarkan berterusan tanpa kawalan dan pencegahan.

·         …Kerana hidup kita pada hari ini dipengaruhi oleh pilihan kita sebelum ini. Hidup kita pada masa akan datang dipengaruhi oleh pilihan kita pada hari ini…fikirkanlah.

Apa Penyelesaian Anda


Ketahui bagaimana penyelesaian anda
·         Jika sekiranya anda tidak mampu makan seperti yang disarankan dalam Piramid Makanan, menikmati 40 sehingga 70 jenis makanan yang berlainan saban hari bagi memastikan zat-zat penting diperolehi, dan memilih untuk tidak mengambil nutrien tambahan (food supplement), kerana anda merasa telah cukup sihat, kemudian selepas beberapa tahun anda mengidap penyakit kronik, apa tindakan anda!

·         Dan, jika anda mengatakan anda tidak perlu kepada makanan tambahan ini, adakah anda boleh pastikan bahawa makanan, sayur-sayuran serta buah-buahan tersebut bebas daripada bahan kimia seperti pewarna, perisa, pengawet dan sisa-sisa kimia racun perosak!

·         Jika insuran kemalangan/perlindungan diri diambil untuk melindungi diri/keluarga daripada keadaan yang tidak diingini, bukankah lebih baik juga kita mengambil insuran untuk kesihatan ini, “melindungi" kita daripada penyakit-penyakit pembunuh (senyap). Bukankah mengambil langkah pencegahan itu lebih baik dari merawat.

·         Diri dan kehidupan adalah anugerah yang tiada ternilai. Bagi orang-orang yang bijak, mengambil makanan tambahan adalah langkah yang terbaik dan sebahagian daripada insuran kesihatan yang diperlukan.


Ketahui bagaimana memilih makanan tambahan yang terbaik
·         Pasti anda tertanya-tanya makanan tambahan apakah yang perlu saya ambil?

·         Ya, memilih makanan tambahan yang terbaik bukanlah sesuatu yang remeh, seperti kita membeli kereta atau komputer yang mana kita boleh tahu sama ada ia boleh berfungsi dengan baik atau tidak.

·         Carilah makanan tambahan yang telah melepasi ujian masa, yang telah lebih dari 50 tahun berada di pasaran, kerana kita tidak akan tahu kesan sampingan dari makanan tambahan yang kita ambil sebarangan, kerana kesannya bukanlah dalam masa yang singkat.

·         Tidak ada makanan tambahan yang telah teruji dengan masa kecuali SHAKLEE. Kenapa saya cadangkan makanan tambahan ini…

Ketahui kenapa SHAKLEE

1915 –Vitalized Mineral (multivitamin) yang pertama sekali dicipta. Asal perkataan VITAMIN dari VITAlized MINeral.
1956 – Pada 1 April didaftarkan sebagai syarikat MLM ( Network Marketing ). Sehingga sekarang 2010 telah beroperasi selama 54 tahun.
1973 – Pada Mac, menjadi sebuah syarikat terbitan awam dan memasuki pasaran antarabangsa.
1977 – Pada 2 Ogos, disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) sehingga kini.
1980 – Disenaraikan dalam  Fortune 500.
1988 – Pada Ogos, masuk ke Malaysia di bawah sistem francais (MLM).
1989 – Dimiliki(dibeli) oleh Yamanouchi Pharmaceutical Limited Japan.
1995 – Pada 1 Ogos, bertukar kepada Shaklee Produk Malaysia Sdn.Bhd.
2004 – Telah dimiliki(dibeli) oleh seorang bilionare, iaitu Roger Barnet. (Roger telah menghabiskan US20(RM70) juta selama 5 tahun untuk mengkaji syarikat MLM manakah yang berpotensi untuk berkembang, di antara syarikat-syarikat multilevel yang ada.     
                               
Makanan Tambahan yang semulajadi kerana…
·         Semua produknya semulajadi, bukan sintetik atau oganik.
·         Wujud dalam bentuk bersedia untuk diserap atau digunakan.
·         Tiada pewarna, perasa atau pengawet tiruan.

Ujian klinikal dan piawaian kualiti yang tinggi..
·         Satu-satunya syarikat yang melakukan ujian ke atas semua produknya.
·         176 ujian ke atas bahan mentah.
·         262 ujian kualiti ke atas setiap produk siap (akhir).
·         Terbukti melalui kaedah sains(products work)

Produk berasaskan penyelidikan..
·         Lebih dari USD 260 juta dibelanjakan untuk R&D sahaja.
·         Memiliki pusat penyelidikan sendiri iaitu Hayward California dan Stanford Research Park.
·         Dinilai semula oleh saintis dan penyelidik bebas di institusi berprestij :
Chicago Medical School, Yale University, Stanford University, University of Taxes, University of Toronto dan Oxford University.
·         Lebih daripada 100 abstrak  dan penyelidikan tentang produk Shaklee telah diterbitkan dalam jurnal-jurnal saintifik (Internasional).
·         Semua produknya halal dan telah mendapat sijil pengesahan halal dari ISA (Islamic Services of America)