Monday, October 15, 2012

Kenapa perlu pilih ESP Shaklee

Assalamualaikum sahabat semua.

Kali ni ummi nak tulis kenapa perlu ambil ESP : Soy Protein Isolate Powder daripada Shaklee. Sebelum ni  ummi dah tulis Protein Penting untuk Kesihatan dan Kenapa Perlu Protein Tambahan. Harap semua pembaca dah faham lah sikit-sikit perlunya protein ni. So sekarang ummi nak tulis kenapa perlu ambil tambahan protein ESP daripada Shaklee dan perbezaan ESP Shaklee dari yang lain-lain.

Untuk pengetahuan anda semua, Shaklee merupakan syarikat yang pertama mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya. Pengasingan protein ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an.

Energizing Soy Protein ini diiktiraf di seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi. Kacang soya yang digunakan adalah "non-GMO"(non -Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Satu kajian pernah dibuat, kebanyakkan makanan tambahan protein yang ada dipasaran adalah tidak bebas dari perubahan genetik ini. Yang hebatnya lagi, satu tin (850g) dihasilkan daripada 30kg kacang soya!

ESP ini memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama kerana ia terus serap ke usus, tidak melalui proese penghadaman terlebih dahulu. Satu-satunya produk dalam pasaran yang menjamin menyediakan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Juga diperkaya dengan 5 vitamin dan 4 sumber mineral. Kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, (G.I rendah 55 dan ke bawah) sangat sesuai kepada pengidap kencing manis. 

Seperti yang ummi kata dululah, ESP ni sesuai untuk semua peringkat umur tua-muda, bukan khusus kepada ibu mengandung atau menyusu saja.

Yang hebatnya lagi, satu hidangan ESP ni bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

 Manfaat utama ESP ni secara ringkasnya adalah untuk :
  • Awet muda 
  • Membekalkan tenaga dengan segera, sihat dan kurang letih
  • Baik untuk hormon
  • Baik untuk prostat
  • Menguatkan sistem imun
  • Mengelakkan risiko kanser payu dara
  • Mengurangkan berat badan, rasa kenyang.
  • Menganjalkan payu dara
  • Mengurangkan masalah kulit seperti ekzema
  • Kulit menjadi anjal dan pejal
  • Kulit muka jadi cantik, halus dan berseri
Ada banyak lagi manfaat mengambil ESP ini jika kita mengambilnya secara tetap dan konsisten. Akan datang ummi akan memanjangkan lagi manfaat ringkas di atas. Yang penting buat semua sahabat ummi, jangan tunggu lagi, anda boleh rasakan manfaat itu jika anda meminumnya. 

Tunggu apa lagi! Jangan teragak-agak hubungi ummi sekarang juga untuk dapatkan harga istimewa.

013-2072939 / ummihannah71@gmail.com

Saturday, October 6, 2012

Mengapa kita perlu protein tambahan?

Assalamualaikum, 

Bertemu kembali ibu-ibu dan semua wanita di luar sana. Semoga anda dapat berehat pada cuti hujung minggu ni bagi isteri dan wanita bekerjaya. Tapi biasanya bagi isteri-isteri yang bekerja ni tiada istilah rehat kalau cuti sabtu ahad ni, betul tak? Sebab masa hujung minggu nilah nak pergi pasar, nak masak, mengemas rumah, membasuh, menggosok baju dan macam-macam benda nak buat. Tu yang bila datang kerja hari isnin penat semacam je...tak de mood.

Sahabat ummi semua,

Kalau kita nak konsisten buat sesuatu perkara kita kena ada ilmu tentangnya, begitu juga kalau nak ambil tambahan protein ni, kita kena juga ada ilmu kenapa kita perlu ambil tambahan protein, sebab kalau tak tau kenapa kita perlu ambil kita akan buat separuh jalan, malas nak bancuh, tak ambil secara tetap dan tak berterusan ambil jika dah habis.

Di sini ummi senaraikan kenapa perlu kita ambil tambahan protein :

  • Protein bersumberkan binatang seperti daging lembu, ayam, kambing, telur dan hasil tenusu kaya dengan kolesterol dan lemak yang boleh membahayakan kesihatan serta meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit seperti jantung, darah tinggi, kolesterol tinggi, strok dan lain-lain.
  • Cara pemprosesan seperti pemanasan, pembekuan, penambahan bahan-bahan kimia seperti asid, bes dan garam, proses dehidrat, penyimpanan serta pengangkutan menyebabkan kualiti protein terjejas.
  • Protein segar umpamanya putih telur, daging dan sebagainya yang dimasak dengan apa cara sekalipun akan menyebabkan kerosakan pada struktur protein dipanggil 'ternyahasil'.
  • Ikan adalah sumber protein yang baik, namun protein yang terkandung dalamnya akan berkurangan setelah disejukbekukan. Ikan juga tercemar dengan formaldehid iaitu kimia pengawet yang membahayakan kesihatan.
  • Kebanyakkan kita fikir susu adalah sumber protein terbaik. Susu mungkin mempunyai protein yang seimbang dan baik secara biologi tetapi susu hanya mempunyai 3.5% protein. Terlalu sedikit. Segelas susu hanya mempunyai 8 gm protein. Jika keperluan protein kita 50 gm, berapa banyak gelas nak minum. Lagipun 35-50% kalori dari susu adalah lemak. Bergantung jug pada jenis susu samada rendah lemak atau penuh lemak(berkrim). Lagipun minuman susu yang ditambah gula menambahkan kalori yang tesembunyi.
  • Tabiat makan di luar seperti menikmati makanan segera seperti ayam goreng, burger atau hidangan berasaskan protein yang lain kaya dengan lemak dan kolesterol, bergantung pada cara masakan diamalkan.
Amboi! banyaknya sebab kenapa perlu ambil tambahan protein. 

Tunggu apa lagi, jangan teragak-agak sms @ email ummi untuk dapatkan tambahan protein ni iaitu Energizing Soy Protein. Ummi akan hantar terus ke pintu rumah melalui pos lah tentunya. 

013 - 2072939 / ummihannah71@gmail.com

Salam sayang,

Friday, October 5, 2012

PROTEIN : Penting Untuk Kesihatan

Assalamualaikum , bertemu kembali....

Pagi ni lepas hantar anak sekolah sempat ummi pergi jogging (berjalan je ) kat stadium, dalam 5 pusingan stadium mengambil masa setengah jam. Ok lah tu kan, buat permulaan selepas berhenti sejak bulan puasa lepas. Lepas tu ummi minum secawan protein suam bersama performamce. Sedaplah! Sarapan yang sihat ganti roti canai dan teh tarik. Baru betul kan. Ada tu lepas jogging , pekene roti canai, nasi lemak, teh tarik...Tak berapa betul tu...Betul tak. Kena tanya cikgu Kevin Zahri...

Seperti yang ummi tulis sebelum ni nak cerita tentang protein secara lebih detail. Kepentingannya bukan untuk ibu-ibu mengandung sahaja ya, tapi untuk semua orang.

Protein bukan saja sumber tenaga yang penting, tetapi juga nutrien yang amat perlu. Protein memainkan peranan yang penting dalam struktur dan ciri-ciri fungsian setiap sel dalam semua tisu hidup, tumbuh-tumbuhan dan haiwan.Terdapat beratus-ratus komponen badan yang memerlukan protein : otot, tulang, kuku, rambut, kulit, enzim, antibodi dan banyak lagi. Protein cukup penting dalam hemoglobin yang mengangkut oksigen dalam darah, dan protein terdapat dalam sum-sum tulang merah. Protein juga membina sistem pertahanan badan/imun yang kuat. Protein merupakan kunci untuk membantu sistem pertahanan bagi melawan jangkitan kuman atau organisma.

Badan kita memerlukan protein untuk membina dan membaiki sel dan tisu terutama pada kanak-kanak yang sedang membesar, semasa mengandung, ibu menyusu, dalam keadaan stess, infeksi/keradangan, demam, trauma, dalam latihan olahraga, selepas kecedaraan atau pembedahan serta membentuk sel-sel baru akibat luka atau kemalangan.  Badan kita tidak dapat menyimpan protein berlebihan , maka pengambilan harian secara teratur amatlah perlu. Jika protein tidak mencukupi, badan akan menggunakan protein dalam tisu otot yang sedia ada untuk menampung kekurangan tersebut.

Maka di sini sahabat-sahabat sekelian, setelah kita menyedari keperluan dan fungsi protein, kita MESTI pastikan badan dibekalkan dengan protein yang mencukupi. Mengambil penambahan protein merupakan satu langkah yang bijak dalam melengkapkan keperluan badan kita. 

Jangan tunggu lagi! 

Hubungi ummihannah segera untuk dapatkan Energizing Soy Protein (ESP) daripada Shaklee yang memenuhi ciri-ciri Protein Terbaik membekalkan kesemua 9 asid amino perlu yang menjadikannya protein yang cukup lengkap. 


013-2072939 / ummihannah71@gmail.com 

Salam sayang,

Monday, October 1, 2012

Ibu Mengandung Siri 4

Selamat bertemu kembali...

Siri 4 ini, ummi rasa siri yang terakhirlah bercerita pasal ibu mengandung. Selepas ini ibu-ibu baca entry ummi mengenai protin dan vitamin-vitamin yang perlu ibu-ibu ambil secara khusus, bukan lagi dari tajuk yang bersiri ini.

Ibu-ibu semua, selain dari protin yang ibu perlu ambil ketika mengandung, ibu-ibu juga perlu tambahan multivitamin, kalsium, bcomplex (yang merangkumi asid folik), vitamin c dan omega 3. Mesti ibu-ibu terlintas dihati banyaknya nak kena ambil tambahan vitamin ni? Yang kita makan setiap hari tu tak tak cukup ke? Ya...yang kita makan tu mungkin karbohidrat (untuk beri tenaga) je yang banyaknya, tapi nutriennya kurang. Kita biasa makan sukat tak? Takpun ikut tak piramid makanan. Contohnya kalau ikut piramid makanan kena ambil 3 - 5 hidangan sayur-sayuran dan 3 - 5 hidangan buah-buahan. Satu hidangan tu lebih kurang dalam 1 cawan sayuran hijau mentah. Satu  hidangan buah-buahan pula dalam 1/2 cawan buah atau 1 biji epal,pisang atau oren. Itu baru satu  hidangan! Kita kena makan berapa hidangan? ya 3 -5 hidangan, kali lah berapa banyak nak makan. Itu baru aras ke dua dalam piramid makanan, semuanya ada berapa aras? Mahu se'eh perut kita. Tambahan pula ibu-ibu yang mengandung keperluan nutrisinya berganda dari wanita biasa yang tak mengandung. Contoh ummi pernah tulis dalam siri sebelum ni keperluan protin. Kalau tak mengandung hanya 40 - 50 g aje tapi bila dah mengandung naik jadi 60 g sehari. Jika menyusu bayi lagi meningkat hingga ke 65 g sehari. Saranan sukatan tu, ummi rujuk buku Pemakanan Alaf Baru oleh Dr.Azizon binti Othman.

Ibu-ibu yang dikasihi, tak larat tentunya dalam keadaan mengandung ni nak makan betul2 ikut piramid makanan tu, ya tak. Malah yang tak mengandung ni pun tak mampu nak ikut saranan piramid tu. Maka, jalan mudahnya kita ambillah suplemen untuk mencukupkan keperluan  seharian kita mengikut yang sepatutnya. Tapii...ha ada tapinya, nak ambil suplemen yang mana satu. Ya, jangan tersalah pilih, kalau tersalah pilih bukan kebaikan yang kita dapat dari mengambil makanan tambahan tersebut. Kesilapan memilih, mudarat pula yang kita dapat. Bayi kita dan diri kita sendiri berhak mendapat yang terbaik, maka pilihlah yang terbaik. Lepas ni baru ummi nak cerita tentang protin yang terbaik. Jangan lupa ikuti entry tentang protin lepas ni ya.

Salam kasih,