Monday, September 24, 2012

Ibu Mengandung Siri 2

Assalamualaikum ibu-ibu dan semua wanita yang budiman.

Salam ceria...ummi mendoakan semua ibu-ibu yang mengandung sihat dan banyak buat amalan-amalan baik ketika mengandung, banyak baca al-quran, banyak berdoa sebab doa ibu makbul dan malaikat sentiasa bertasbih buat ibu. Ummi baca satu buku katanya 'dua rakaat solat wanita hamil lebih baik daipada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil'..Banyaknya pahala ya.

Baiklah..untuk menjawab persoalan 'bila ibu mengandung nak mula ambil suplemen?'.. ummi banyak dengar dari ibu-ibu mengatakan doktor tak bagi ambil vitamin di peringkat awal mengandung, trimester kedua baru boleh mula ambil..ye ke?Ummi pernah baca satu artikel jika ibu-ibu rancang nak mengandung kena ambil bcomplex 3 bulan sebelum mengandung lagi...ye lah kan seperti kita biasa dengar nak dapat anak yang soleh kena pilih pasangan kita sebelum kawin lagi, begitu juga nak dapat anak yang sihat dan pintar..

Morning sickness...teruk betul alah ni..makan je nak muntah, bau ni tak boleh, bau tu tak boleh...pegi ke dapur pun tak boleh...boleh minum air kosong je..nasib bagi kebanyakkan ibu, tapi ada ibu tak alah pun termasuklah ummi sendiri...jadi kalau dah tak de makanan sangat yang ibu makan dalam 3 bulan pertama, mana nak datang zat yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan tu..ada tu tak sedar langsung pulak dia mengandung..Saat ini perkembangan bayi sangat kritikal iaitu pembentukan tiub nueral dan peringkat pertama pembentukkan otak.

Nak buat macamana ummi?, nak telan vitamin pun tak boleh, masuk je dalam perut terus nak muntah.. ada yang jadi macam tu.Betullah tu nak makan tak boleh, apa lagi nak telan vitamin ya tak. Di sini ummi nak cadangkan satu pemakanan yang ibu-ibu semua insyaallah boleh makan, baik yang alah atau pun tidak, yang sangat penting untuk ibu-ibu yang mengandung, sebab penbentukkan semua organ bayi bermula dengan ini...apa dia, itu lah PROTIN. Protin apa nak ambil?kan sumber protin dari ikan, telur, ayam, daging, tempe!


Haa.. Siri yang ke 3 nanti ummi akan terangkan protin yang terbaik buat semua wanita teutamanya ibu-ibu yang mengandung. Panjang-panjang sangat coretan ummi ni nanti orang tak larat nak baca pulak..kena tulis sikit-sikit barulah ternanti-nanti nak sembang dengan ummi ya tak? Tungguuu....

Salam hormat,

Ummihannah

013-2072939
ummihannah71@gmail.com

No comments:

Post a Comment