Saturday, September 22, 2012

Ibu Mengandung Siri 1

Assalamualaikum,

salam perkenalan bagi yang baru mengenali blog Untukmu Wanita,
salam pertemuan bagi yang dah pernah membaca blog ini,
salam persahabatan  buat semua pembaca...

Hampir setahun ummihannah tidak menulis Untukmu Wanita. Ummi lihat statistik ada juga yang membaca blog ni walaupun takde post-post baru. Sekarang ummi dah semangat semula nak kongsi cerita dengan pembaca-pembaca semua sebab anak ummi yang kecik tu dah 2 tahun, yang sulung dah masuk asrama.

Untuk permulaan menyambung semula pengalaman dalam blog ini, ummi nak kongsi kisah-kisah ibu mengandung untuk beberapa siri. Untuk siri yang akhir nanti ummi nak kasi beberapa petua orang dulu-dulu  untuk diamalkan semasa mengandung...jangan lupa ikuti siri ini seterusnya.

Apa perasaan ibu bila doktor mengesahkan ibu mengandung...terutama anak sulung. Tentunya sangat gembira dan bersyukur kepada Allah, lebih-lebih lagi yang dah lama menunggu anak pertama atau anak yang dah jarak sangat.. tapi ada juga ibu-ibu yang tak boleh terima bila mengandung lagi kali kedua atau ketiga lebih-lebih lagi si baby tu baru 3, 4 bulan, ya tak?..tapi nak buat camana dah rezeki, terima jelah rezeki Allah bagi, ada hikmahnya kita belum nampak.

Baiklah ibu-ibu muda di luar sana...bila mengandung je tentu terfikir nak ambil vitamin apa ye ketika mengandung..sebab dah jadi trend sekarang penambahan vitamin atau suplemen amat perlu ketika mengandung..cuma mungkin ada segelintir kot ibu-ibu yang mengandung tak ambil berat perkara ini.Tapi kebanyakkan doktor/jururawat akan beri vitamin atau tanya pada ibu-ibu 'ada ambil vitamin tak?'Kenapa perlu sangat kita ambil suplemen ketika mengandung, apa faedahnya pada bayi dalam kandungan dan pada ibu  itu sendiri dan bila masa yang sesuai nak mula makan vitamin ni....nantikan jawapannya dalam Ibu Mengandung Siri 2.

     Salam Persahabatan ,

 
   013-2072939
  

No comments:

Post a Comment