Monday, October 1, 2012

Ibu Mengandung Siri 4

Selamat bertemu kembali...

Siri 4 ini, ummi rasa siri yang terakhirlah bercerita pasal ibu mengandung. Selepas ini ibu-ibu baca entry ummi mengenai protin dan vitamin-vitamin yang perlu ibu-ibu ambil secara khusus, bukan lagi dari tajuk yang bersiri ini.

Ibu-ibu semua, selain dari protin yang ibu perlu ambil ketika mengandung, ibu-ibu juga perlu tambahan multivitamin, kalsium, bcomplex (yang merangkumi asid folik), vitamin c dan omega 3. Mesti ibu-ibu terlintas dihati banyaknya nak kena ambil tambahan vitamin ni? Yang kita makan setiap hari tu tak tak cukup ke? Ya...yang kita makan tu mungkin karbohidrat (untuk beri tenaga) je yang banyaknya, tapi nutriennya kurang. Kita biasa makan sukat tak? Takpun ikut tak piramid makanan. Contohnya kalau ikut piramid makanan kena ambil 3 - 5 hidangan sayur-sayuran dan 3 - 5 hidangan buah-buahan. Satu hidangan tu lebih kurang dalam 1 cawan sayuran hijau mentah. Satu  hidangan buah-buahan pula dalam 1/2 cawan buah atau 1 biji epal,pisang atau oren. Itu baru satu  hidangan! Kita kena makan berapa hidangan? ya 3 -5 hidangan, kali lah berapa banyak nak makan. Itu baru aras ke dua dalam piramid makanan, semuanya ada berapa aras? Mahu se'eh perut kita. Tambahan pula ibu-ibu yang mengandung keperluan nutrisinya berganda dari wanita biasa yang tak mengandung. Contoh ummi pernah tulis dalam siri sebelum ni keperluan protin. Kalau tak mengandung hanya 40 - 50 g aje tapi bila dah mengandung naik jadi 60 g sehari. Jika menyusu bayi lagi meningkat hingga ke 65 g sehari. Saranan sukatan tu, ummi rujuk buku Pemakanan Alaf Baru oleh Dr.Azizon binti Othman.

Ibu-ibu yang dikasihi, tak larat tentunya dalam keadaan mengandung ni nak makan betul2 ikut piramid makanan tu, ya tak. Malah yang tak mengandung ni pun tak mampu nak ikut saranan piramid tu. Maka, jalan mudahnya kita ambillah suplemen untuk mencukupkan keperluan  seharian kita mengikut yang sepatutnya. Tapii...ha ada tapinya, nak ambil suplemen yang mana satu. Ya, jangan tersalah pilih, kalau tersalah pilih bukan kebaikan yang kita dapat dari mengambil makanan tambahan tersebut. Kesilapan memilih, mudarat pula yang kita dapat. Bayi kita dan diri kita sendiri berhak mendapat yang terbaik, maka pilihlah yang terbaik. Lepas ni baru ummi nak cerita tentang protin yang terbaik. Jangan lupa ikuti entry tentang protin lepas ni ya.

Salam kasih,


No comments:

Post a Comment