Tuesday, August 16, 2016

Perubahan blog ummihannah kepada kangen Water...Kembali Kepada Asal.

Assalamualaikum...

Hampir tiga tahun blog ummihannah ini senyap....

Kini ummihannah kembali dengan wajah baru ..iaitu kangen...maksudnya dalam bahasa Jepun

kembali kepada asal..back to basic.

Semoga pertemuan dengan Kangen Water ini...membawa perubahan kepada diri samada untuk

di dunia lebih-lebih lagi untuk akhirat.

Selamat menjalin persahabatan yang telah lama terputus.

Tuesday, January 8, 2013

Doa ...Menyambut 2013

Salam pertemuan, 

Selamat bertemu kembali buat sahabat-sahabat semua...

Walaupun dah lama ummi tak buat post baru, tapi untuk 2013 ni, ummi rasa belum terlewat untuk ummi coretkan DOA ini. Moga-moga lepas ini ummi dapat beri masa untuk sentiasa berkongsi post-post menarik tentang pemakanan, kesihatan dan Shaklee.

Ya Allah, anugerahkan kepada kami rasa takut kepadaMu yang dapat menghalang kami dari berbuat maksiat kepadaMu; 

anugerahkan kepada kami kekuatan untuk mentaatiMu yang dengannya Engkau memasukkan kami ke dalam syurgaMu; 

anugerahkan kepada kami keyakinan (terhadap qadak dan qadarMu) yang dengannya Engkau menjadikan kami merasa ringan atas semua musibah dunia yang menimpa kami: 

berikan kepada kami kenikmatan dan mafaat melalui pendengaran, penglihatan dan kekuatan kami selama kami masih hidup dan jadikanlah semua nikmat dan manfaat itu tetap ada pada kami sampai kami mati; 

jadikanlah kami sebagai orang yang menuntut balas hanya kepada orang yang telah menzalimi kami: 

tolonglah kami dalam menghadapi orang yang memusuhi kami; janganlah Engkau timpakan musibah(keburukan) dalam urusan agama kami; 

janganlah Engkau jadikan kami sebagai orang yang menjadikan dunia sebagai tujuan kami dan janganlah Engkau jadikan kami sebagai orang yang hanya  mengetahui dan memikirkan urusan dunia;

 dan janganlah kerana dosa yang telah kami perbuat, Engkau menjadikan orang yang tidak mengasihi kami sebagai penguasa negeri kami.

Amin, Amin, Ya Rabbalalamin.

Salam sayang...UMMIHANNAH.

Thursday, November 29, 2012

Khasiat ALFALFA

Assalamualaikum...

Kali ni ummi nak bercerita sikit tentang alfalfa pula...

ALFALFA dikenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan". Tumbuhan ini mengambil masa sekurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi.

Diperbuat daripada tanaman alfalfa (Medicago Sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan baja bebas kimia.Daun alfalfa kaya dgn klorofil. Daun2 ini dikeringkn secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi di dalamnya.Proses yang dilakukn oleh Shaklee sangat ketat bagi memastikan setiap tablet mengandungi 300mg alfalfa.

Manfaat Utama:

Digunakan oleh manusia lebih dari 2500 tahun dahulu dan telah dikenalpasti sebagai makanan yg kaya dgn pelbagai nutrisi dan zat galian yg kebanyakkannya tidak terdpt dlm buah2an dan sayur2an. Ia kaya dgn protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji alfalfa menyamai nutrisi dalam segelas susu.

Ummi telah amalkan alfalfa sejak lama dulu..masa anak ummi nombor 2 umur 2 bulan..sekarang dia dah 12 tahun. Memang banyak kebaikannya..masa dalam pantang rahim cepat kecut, air susu banyak, buang air lawas, perut ummi sendiri dan anak tak kembong...kakak ummi yang ada darah tinggi dah tak makan ubat darah tinggi lagi..bila dia amalkan alfalfa. Alhamdulillah. Ada byk lagi testimoni yg dah amalkn alfalfa. Antara yg lain, jeragat berkurang, berat badan berkurang, cist/ketumbuhan dlm rahim mengecut..dll..buang air besar lawas dan setiap hari.

Ummi ada satu buku bertajuk "A to Z Guide To Supplements" mengenai Afalfa. Ummi petik dr. buku tu... If you need a mineral supplement, Alfalfa is a good choice. It contains calcium, magnesium, phosphorus, pottasium, plus all known vitamins. The minerals are in a balanced form, which promotes absorption. These minerals are alkaline, but have a neutralizing effect on the intestinal tract.

Sahabat semua, badan kita ni berasid, jadi untuk seimbangkan keasidan itu makanlah alfalfa, sebab alfalfa adalah alkali..sebab tu minum air zam-zam tu sgt baik sebab ia adalah alkali, boleh menyeimbangkan asid dalam badan. Bila asid banyak dalam badan, tu yang boleh banyak mendatangkan penyakit..

Boleh dapatkan Alfalfa dari Ummi segera. 

Ada dua saiz. Besar 700 biji, harga RM97.50. Kecil 330 biji, harga RM53.75.

Call Ummi  013-207 2939 atau SMS atau email ummihannah71@gmail.com

Ummi beri HARGA SPECIAL untuk sahabat2 ummi semua.

Salam kasih,

Sunday, November 18, 2012

Cara Mengambil Protein dari Kacang Soya

Bertemu kembali di pagi isnin ni, 5 Muharam 1434 Hijriah.

Hari ni tentu ada ibu-ibu yang pergi mengambil keputusan UPSR anak masing2..biar apapun keputusannya, itu bukanlah titik akhir kejayaan atau kegagalan mereka..perjalanan masih panjang buat anak2 kita in. Yang penting dorongan, motivasi dan doa dari ibu-ibu semua mengiringi perjalanan hidup mereka seterusnya.

Baiklah, buat ibu-ibu dan wanita yang dikasihi semua...

Untuk memastikan kita mendapat faedah kesan awet muda kacang soya, pastikan kita mendapat protein yang terkandung di dalamnya. Ingat sos atau kicap serta minyak yang diperbuat daripada kacang soya mempunyai kuantiti protein yang sedikit. Berikutan itu bahan makanan ini tidak dapat memberi kesan awet muda.

Mengikut Dr Mark Messina menerusi bukunya The Simple Soyabean and You Health (Avery, 1994), beberapa sumber yang kaya protein kacang soya boleh diperolehi daripada :
  • Tepung kacang soya - 1/2 cawan (50 mg)....sudah tentunya ESP dari Shaklee! Cepat dan Mudah.
  • Susu kacang soya - 1 cawan (40 mg)
  • Kacang soya - 1 oz (40 mg)
  • Tempe - 1/2 cawan (40 mg)
  • Miso - 1/2 cawan (40 mg)
 Dr Messina mengesyorkan pengambilan secawan susu kacang soya sehari dan 3 atau 4 kali taufu fah sehari mencukupi untuk menyamai kuantiti yang dimakan orang Jepun setiap hari iaitu antara 50 hingga 75 mg protein. Pastikan kita mengambil makanan ini setiap hari kerana kajian menunjukkan bahan aktif genistein kacang soya bertahan dalam badan kita selama 24 hingga 36 jam.

Ummi mengesyorkan anda mengambil 2 sudu besar protein 3 ke 4 kali sehari. Protein (ESP) Shaklee boleh dibancum bersama milo, horlicks atau jus buah-buahan. PM ummi segera kerana stok ESP baru sampai di Shaklee.

Sila perhatikan perbandingan tenaga yang dikeluarkan, menunjukkan ESP Shaklee 'maintain'....


Jika anda pesan sekarang...ummi akan beri percuma 30 biji alfalfa untuk anda rasa buat permulaan.

Salam kasih,

013 - 207 2939 / ummihannah71@gmail.com

Protein Untuk Awet Muda

Salam pertemuan buat semua...

Terima kasih pada sahabat yang sudi membaca dan mengikuti blog Untukmu Wanita ni...walaupun jarang ummi masukkan post-post baru. Sebenarnya banyak sangat ummi nak kongsikan dengan pembaca pengalaman, dan sedikit ilmu/maklumat terutama tentang pemakanan yang ummi dapat selama lebih 12 tahun terlibat dengan Shaklee.

Buat semua wanita...nak awet muda tak?

Ummi pasti jawapannya "ya". Sapa yang nak kelihatan tua dari umur kan. Salah satu caranya makan banyak protein. Macamana protein boleh jadikan kita awet muda? ikuti kajian ini...

Masyarakat Jepun mengambil kacang soya paling banyak di dunia, yang dikatakan mampu memanjangkan jangka hayat mereka berbanding orang Barat. Penyakit jantung, barah, diabetes dan osteoporosis kurang dihidapi orang Jepun. Boleh dikatakan setiap individu Jepun mengambil satu aun(oz)/40mg protein kacang soya setiap hari.

Pakar antipenuaan Barat kagum dengan jangka hayat orang Jepun. Tidak menghairankan jika rakyat Jepun yang berusia 100 tahun masih sihat dan mampu ke sawah. Jika tekanan kerja dikatakan berperanan mempercepatkan proses penuaan, umum mengetahui orang Jepun lebih kuat bekerja berbanding masyarakat lain di dunia. Ini membuktikan tekanan bukan faktor penentu taraf kesihatan seseorang.

Menurut kajian bapa teori radikal bebas, Dr Denham Harman mendapati haiwan makmal yang diberikan makanan berprotein daripada kacang soya, mempunyai sel yang sukar musnah apabila didedahkan kepada radikal bebas berbanding haiwan yang diberikan casein, protein daripada susu. Jangka hayat haiwan yang diberikan protein kacang soya dalam makanan harian juga meningkat 13 peratus.

Selain kaya dengan protein untuk tumbesaran, kacang soya bertindak sebagai bahan antipengoksidaan,  dan ia mungkin salah satu sumber makanan penting disenaraikan dalam bahan makanan kesihatan dan diet untuk AWET MUDA. 

Bahan yang bertindak sebagai antipengoksidaan yang kuat itu dikenali sebagai genistein. Bahan aktif genistein jarang ditemui dalam makanan lain dan kajian membuktikan ia mempunyai kesan tindakan awet muda yang kuat iaitu:  
  • mengganggu aktiviti sel barah pada setiap peringkat pertumbuhan sel
  • mengurangkan pembentukan timbunan lemak pada dinding saluran darah jantung seterusnya mengurangkan angin ahmar, serangan jantung dan atherosclerosis.
Berdasarkan warna ekstrak kacang soya yang putih dan bersih, di beberapa negara Asia, ramai percaya pengambilan air kacang soya boleh menjadikan kulit bayi lebih putih. Sebab tu biasa ibu mengandung minum air perahan kacang soya. Pakar tidak menafikan penggunaan protein dari kacang soya boleh mencantikkan kulit. Wanita Jepun pada keseluruhannya mempunyai kulit lebih cantik berbanding wanita negara lain.

Ummi rasa cukup sampai sini dulu kajian yang ummi ambil dari artikel oleh Dr Hassan Yaakob. Esok ummi akan tulis cara-cara mengambil kacang soya. Malam ni ummi nak rendang kacang soya , esok nak buat air kacang soya. Tak tau proteinnya banyak mana tapi oklah sebagai minuman untuk anak2. Protein shaklee sudah tentu jadi minuman sekeluarga.

Salam sayang,

Monday, October 15, 2012

Kenapa perlu pilih ESP Shaklee

Assalamualaikum sahabat semua.

Kali ni ummi nak tulis kenapa perlu ambil ESP : Soy Protein Isolate Powder daripada Shaklee. Sebelum ni  ummi dah tulis Protein Penting untuk Kesihatan dan Kenapa Perlu Protein Tambahan. Harap semua pembaca dah faham lah sikit-sikit perlunya protein ni. So sekarang ummi nak tulis kenapa perlu ambil tambahan protein ESP daripada Shaklee dan perbezaan ESP Shaklee dari yang lain-lain.

Untuk pengetahuan anda semua, Shaklee merupakan syarikat yang pertama mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya. Pengasingan protein ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an.

Energizing Soy Protein ini diiktiraf di seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi. Kacang soya yang digunakan adalah "non-GMO"(non -Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Satu kajian pernah dibuat, kebanyakkan makanan tambahan protein yang ada dipasaran adalah tidak bebas dari perubahan genetik ini. Yang hebatnya lagi, satu tin (850g) dihasilkan daripada 30kg kacang soya!

ESP ini memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama kerana ia terus serap ke usus, tidak melalui proese penghadaman terlebih dahulu. Satu-satunya produk dalam pasaran yang menjamin menyediakan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Juga diperkaya dengan 5 vitamin dan 4 sumber mineral. Kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, (G.I rendah 55 dan ke bawah) sangat sesuai kepada pengidap kencing manis. 

Seperti yang ummi kata dululah, ESP ni sesuai untuk semua peringkat umur tua-muda, bukan khusus kepada ibu mengandung atau menyusu saja.

Yang hebatnya lagi, satu hidangan ESP ni bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

 Manfaat utama ESP ni secara ringkasnya adalah untuk :
  • Awet muda 
  • Membekalkan tenaga dengan segera, sihat dan kurang letih
  • Baik untuk hormon
  • Baik untuk prostat
  • Menguatkan sistem imun
  • Mengelakkan risiko kanser payu dara
  • Mengurangkan berat badan, rasa kenyang.
  • Menganjalkan payu dara
  • Mengurangkan masalah kulit seperti ekzema
  • Kulit menjadi anjal dan pejal
  • Kulit muka jadi cantik, halus dan berseri
Ada banyak lagi manfaat mengambil ESP ini jika kita mengambilnya secara tetap dan konsisten. Akan datang ummi akan memanjangkan lagi manfaat ringkas di atas. Yang penting buat semua sahabat ummi, jangan tunggu lagi, anda boleh rasakan manfaat itu jika anda meminumnya. 

Tunggu apa lagi! Jangan teragak-agak hubungi ummi sekarang juga untuk dapatkan harga istimewa.

013-2072939 / ummihannah71@gmail.com

Saturday, October 6, 2012

Mengapa kita perlu protein tambahan?

Assalamualaikum, 

Bertemu kembali ibu-ibu dan semua wanita di luar sana. Semoga anda dapat berehat pada cuti hujung minggu ni bagi isteri dan wanita bekerjaya. Tapi biasanya bagi isteri-isteri yang bekerja ni tiada istilah rehat kalau cuti sabtu ahad ni, betul tak? Sebab masa hujung minggu nilah nak pergi pasar, nak masak, mengemas rumah, membasuh, menggosok baju dan macam-macam benda nak buat. Tu yang bila datang kerja hari isnin penat semacam je...tak de mood.

Sahabat ummi semua,

Kalau kita nak konsisten buat sesuatu perkara kita kena ada ilmu tentangnya, begitu juga kalau nak ambil tambahan protein ni, kita kena juga ada ilmu kenapa kita perlu ambil tambahan protein, sebab kalau tak tau kenapa kita perlu ambil kita akan buat separuh jalan, malas nak bancuh, tak ambil secara tetap dan tak berterusan ambil jika dah habis.

Di sini ummi senaraikan kenapa perlu kita ambil tambahan protein :

  • Protein bersumberkan binatang seperti daging lembu, ayam, kambing, telur dan hasil tenusu kaya dengan kolesterol dan lemak yang boleh membahayakan kesihatan serta meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit seperti jantung, darah tinggi, kolesterol tinggi, strok dan lain-lain.
  • Cara pemprosesan seperti pemanasan, pembekuan, penambahan bahan-bahan kimia seperti asid, bes dan garam, proses dehidrat, penyimpanan serta pengangkutan menyebabkan kualiti protein terjejas.
  • Protein segar umpamanya putih telur, daging dan sebagainya yang dimasak dengan apa cara sekalipun akan menyebabkan kerosakan pada struktur protein dipanggil 'ternyahasil'.
  • Ikan adalah sumber protein yang baik, namun protein yang terkandung dalamnya akan berkurangan setelah disejukbekukan. Ikan juga tercemar dengan formaldehid iaitu kimia pengawet yang membahayakan kesihatan.
  • Kebanyakkan kita fikir susu adalah sumber protein terbaik. Susu mungkin mempunyai protein yang seimbang dan baik secara biologi tetapi susu hanya mempunyai 3.5% protein. Terlalu sedikit. Segelas susu hanya mempunyai 8 gm protein. Jika keperluan protein kita 50 gm, berapa banyak gelas nak minum. Lagipun 35-50% kalori dari susu adalah lemak. Bergantung jug pada jenis susu samada rendah lemak atau penuh lemak(berkrim). Lagipun minuman susu yang ditambah gula menambahkan kalori yang tesembunyi.
  • Tabiat makan di luar seperti menikmati makanan segera seperti ayam goreng, burger atau hidangan berasaskan protein yang lain kaya dengan lemak dan kolesterol, bergantung pada cara masakan diamalkan.
Amboi! banyaknya sebab kenapa perlu ambil tambahan protein. 

Tunggu apa lagi, jangan teragak-agak sms @ email ummi untuk dapatkan tambahan protein ni iaitu Energizing Soy Protein. Ummi akan hantar terus ke pintu rumah melalui pos lah tentunya. 

013 - 2072939 / ummihannah71@gmail.com

Salam sayang,