Monday, June 27, 2011

Bercakap tentang kualiti, mana buktinya?

Selamat bertemu kembali.

Seminggu dah ummi tak menulis di blog ni, banyak betul cabarannya...Kali ni ummi nak bincang dengan ibu-ibu dan sesiapa yang membaca entri ummi pada minggu ni tentang kualiti sesuatu vitamin dan bukti yang menyokong kekualitiannya!

Biasanya ramai antara kita yang ambil makanan tambahan berdasarkan rekemen oleh kengkawan...Ehh, baguslah produk ni,  awak ambil supplemen ni..elok sangat, doktor suruh ambik vitamin ni..tanpa berdasarkan bukti yang benar-benar konkrit yang menunjukkan vitamin itu benar-benar berkualiti. Bagi ibu-ibu dan buat semua wanita kita berhak memilih dan memberi yang terbaik buat badan kita. Memanglah semuanya nampak sama, tapi kita kena buat sedikit kajian...berapa banyak yang dihabiskan oleh syarikat untuk R&D, berapa banyak kajian dan ujian klinikal yang dibuat, adakah sains dibelakangnya yang mengesahkan ketulenannya, adakah benar-benar semulajadi, adakah dirujuk dan dikaji semula oleh pihak ketiga dan sebagainya...tetapi vitamin shaklee berbeza, tiada keraguan lagi, ada bukti yang jelas dan nyata tentang semua perkara tersebut.

Berikut kata-kata dari Dr. Bruce Miller :"Others may have the claim, but Shaklee has the proof!I've been approached by many vitamin companies, but I only support Shaklee. Shaklee has the highest level of integrity and science - with clinical results that have been published in peer-reviewed journals".

Sahabat semua..rajin-rajinkanlah mengkaji ya...maklumat boleh dapat melalui hujung jari je sekarang ni.Sat lagi ni ummi nak hantar alfalfa kat kawan ummi yang baru bersalin. Alfalfa ni alkali, bagi badan kita yang berasid kena seimbangkan dengan benda-benda yang beralkali, kalau lepas bersalin jadikan seperti jamu boleh mengecutkan rahim cepat, lawas buang air besar dan tak kembung.Klik gambar untuk tempahan.

Dapatkan pek percubaan ALFALFA (60biji) atau sebotol alfalfa pada harga istimewa..hubungi ummihannah untuk konsultasi dan keterangan lanjut.

salam sayang,
ummihannah

Monday, June 20, 2011

Banyak sangat vitamin dipasaran, nak pilih yang mana satu?

Salam ceria buat semua.

Bertemu lagi kita pada kali ini. Semoga semuanya sihat dan ceria dan bagi ibu-ibu dan semua wanita tempuhi hari-hari kita dengan perasaan gembira dan menerima apa saja cabaran dan keadaan dengan sikap yang positif.

Pada kali ini ummi nak kongsi pendapat pada pertanyaan : banyak sangatlah vitamin, macam-macam jenis ada, tak tau nak ambil yang mana satu. Betul! Kalau kita pergi farmasi, penuh kat rak-rak di farmasi tu, kita tertarik dengan iklannya, harga offernya bahkan mungkin juga di promote oleh jurujual di situ.

Ummi pernah tulis kat post sebelum ni, nak pilih vitamin bukan macam kita nak beli TV ke, komputer ke, sebab kalau rosak boleh cari alat ganti atau tukar je yang baru. Makanan tambahan atau vitamin ni memberi kesan yang panjang, mungkin sepuluh atau dua puluh tahun akan datang, waktu tu baru kita rasa kesannya, sama ada kita nampak awet muda atau sebaliknya, lebih sihat atau menghadapi masalah kesihatan.

Kebanyakkan pengeluar vitamin tidak buat kajian kesan vitamin ke atas badan manusia sebab vitamin ini bukan ubat. Itulah yang kita bimbang jika ada yang mempunyai pewarna, sintetik, bahan pengawet atau sebagainya. Oleh itu kita kena ada sedikit pengetahuan tentang berapa kuatiti yang disyorkan oleh USRDA, berapa nisbah antara vitamin-vitamin yang badan perlu supaya berlaku keseimbangan dan penyerapan.

Tapi ummi percaya ramai yang tak ambil tahu sampai tahap tu....untuk itu luangkan sedikit masa anda untuk tahu apa bezanya SHAKLEE dengan lain-lain vitamin. KLIK SINI.


Salam sayang,
Ummihannah

Sunday, June 12, 2011

Berapa keperluan vitamin C tubuh kita?

Salam sejahtera...

Selamat menempuh hari Isnin dan hari-hari yang berikutnya bagi yang telah bercuti panjang. Kali ni ummi nak bincang berapakah keperluan vitamin C bagi tubuh kita. Vitamin C paling familiar sebab ramai orang ambil pil vitamin C, cucuk vitamin C pun ada. 

Jika kita selsema, rasa nak selsema, demam, kelesuan, keletihan dan stres keperluan vitamin C tubuh meningkat. Mengikut USRDA 1000 ke 1500 mg adalah ideal bagi seorang wanita, tapi kalau kita ada masalah yang ummi sebut tadi badan kita perlu lebih lagi...malahan untuk mencegah kanser badan kita perlu sehingga 10,000 mg vitamin C sehari!

Vitamin C Shaklee 500mg sustained released sebiji...ambil 2 biji satu hari, vitamin C berada dalam plasma darah selama 24 jam (kajian klinikal yang dibuat). Pengalaman ummi kalau rasa nak selsema ambil 2 biji Insyaallah, hidung yang mula pedih dan berair, hilang. Banyak lagi cerita dan kelebihan 
vitamin C shaklee ni...yang penting sahabat-sahabat semua cuba dulu..

DAPATKAN PEK PERCUBAAN VITAMIN C DENGAN 4 JENIS VITAMIN ASAS YANG LAIN PADA HARGA istimewa..

Wednesday, June 8, 2011

Adakah umur faktor penyebab kesihatan

Salam sejahtera buat sahabat-sahabat ummi..

Apa khabar sahabat dan kenalan ummi semua. Mungkin ramai yang bercuti ketika ini, mengambil kesempatan cuti bersama-sama anak. Inilah masanya nak habiskan masa yang berkualiti dengan anak-anak, setelah sekian masa dan saat sibuk dengan kerja dan bermacam urusan..

Sahabat-sahabat ku,

Selalu tak kita dengar orang kata begini 'emm dah tua, memanglah sakit-sakit'.Tapi sebenarnya umur bukanlah faktor penyebab kepada masalah kesihatan.Contohnya begini, kita ibaratkan sistem tubuh kita ni seperti sebuah kereta. Ada kereta yang keadaannya masih tip top walaupun sudah terlalu tua usianya. Ada juga kereta yang belum pun lima tahun dipakai tetapi keadaan enjinnya sudah teruk. Semua ini bergantung kepada tahap penjagaan kereta tu. Samalah juga badan kita ni, kalau kereta dijaga dengan baik usia kereta tahan lebih lama, begitu jugalah kalau tabiat pemakanan betul, sudah tentu taraf kesihatan berada dalam keadaan yang optimum walaupun umur sudah tua.

Dalam dunia moden sekarang, sakit pun modenkan?Kita juga ada penyelesaian cara moden...ummi nak kongsi kat sini tiga perkara yang dicadangkan oleh pakar pemakanan untuk kekal sihat, iaitu yang pertama jaga pemakanan(kalau boleh ikut piramid makanan), kedua bersenam (ni payah nak buat ni atau buat tapi tak konsisten, betul tak) dan yang ketiga mengambil makanan tambahan.

Boleh tak terima pandangan ummi, kalau ummi kata kita sakit ni disebabkan oleh makanan yang kita makan dan juga makanan yang kita tak makan. Tentu ada yang tanya macamana pulak makanan yang kita tak makan boleh menyebabkan penyakit, makanan yang kita makan memang lah penyebab penyakit, contohnya makan banyak lemak dapat kolesterol tinggi

Haa..makanan yang kita tak makan tu lah yang menyebabkan badan kita ni kurang zat itu, kurang zat ini, lama-lama datang penyakit, tambah pulak dari makanan yang membawa penyakit...Penyelesaian moden senang je, bagi menampung kekurangan itu atau tak dapat nutrien yang sepatutnya dari makanan, kita kena tambah diet kita dengan mengambil vitamin dan mineral tambahan..

Disini, ummi menyediakan pek percubaan untuk memudahkan sahabat-sahabat semua, tak perlu pilih-pilih di farmasi nak cuba yang mana satu...Boleh dapatkan Vita Lea (multivitamin), Vita-C 500mg, B-Complex dan Ostematrix (kalsium) pada harga istimewa.., untuk percubaan selama sebulan.

Tuesday, June 7, 2011

Bila masa kita boleh mula ambil suplemen?

Salam Pertemuan buat ibu-ibu...

Dah lama benor Umihannah tinggalkan menulis blog ini.Bukannya apa umi sibuk sangat.Maklumlah umi ni bekerja dan beranak kecik pulak tu.Anak yang dah besarpun masih dikira kecik lagi sebab yang sulung tu baru darjah 6.Blog ni pun tak siap-siap, tapi umi akan cuba siapkan sepenuhnya blog ni supaya dapat berkongsi perkara yang baik ini dengan ibu-ibu di luar sana secepat mungkin.

Umi nak tanya ibu-ibu, boleh ke kita katakan ibu-ibu yang bekerja di luar  sebagai part time surirumah??

Friday, June 3, 2011

Kenapa kita perlu mengambil suplemen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera BUATMU WANITA


Salam pengenalan buat rakan-rakan wanita semua dan juga  ibu-ibu dimana saja mereka berada, yang baru nak mengenali Ummihannah.Dalam blog ini ummi nak berkongsi pengalaman, bertukar-tukar pandangan dan idea, berdiskusi dan berkongsi tips-tips tentang kesihatan wanita. Sedia maklum hanya wanita yang memahami wanita. Maksud ummi perasaan dan jiwa wanita, sakit pening wanita, terutama kesakitan untuk melahirkan anak bagi ibu-ibu.Bila berbicara bab melahirkan anak, kesakitan itu hanya kawan-kawan yang mengalami yang memahami dan merasainya saja yang dapat menjiwai cerita kita.Si ayah atau sang suami tak boleh nak menyelaminya pun walau mereka melihat kita kesakitan yang amat sangat.


Baiklah, untuk wanita-wanita dan ibu-ibu diluar sana yang mengambil berat tentang kesihatan diri dan keluarga, ummihannah nak berkongsi bagaimana kita nak kekal sihat sepanjang hayat.InsyaAllah.Kenapa wanita terutamanya ibu-ibu perlu sangat sentiasa sihat?Kerana kita ibu, kita isteri, kita pekerja dan kitalah segala-galanya..


Apa perkongsian pertama dari ummi....ummi nak cerita untuk kekal sihat pada zaman moden ni, tak lain tak bukan untuk kekal sihat kita kena ada 3 perkara, pertama mengamalkan pemakanan yang seimbang, kedua mengamalkan senaman dan yang ketiganya mengambil suplemen atau makanan tambahan. Ketiga-tiga perkara ini disarankan oleh pakar pemakanan Dr.Bruce Miller. Perkara pertama dan kedua semua orang dah tahu, cuma kita tak ambik serius je , kot? Tapi kenapa yang ketiga untuk kekal sihat kita kena ambil suplemen?


Mungkin ada yang bertanya, kenapa nak ambil suplemen? Orang-orang dulu tak ambil suplemen pun sihat juga. Mungkin itu kata sesetengah dari kita kot?bahkan ummi  pernah jumpa doktor perubatan sendiri kata tak perlu ambil suplemen!cukup dengan apa yang kita makan setiap hari. Jangan tepengaruh dengan kata-kata doktor begini ya.

Dulu mungkin ada kebenarannya, kita tidak memerlukan makanan tambahan.Tapi gaya hidup yang dah berubah, moden, ringkas dan tekanan serta cabaran pada masa kini menjadikan makanan tambahan dianggap satu keperluan..
Ramai orang percaya hanya dengan mengambil makanan yang seimbang, mereka telah mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh mereka. Hakikatnya tiada keadaan yang seideal itu! Dalam realiti kehidupan sekarang, ada banyak sebab kenapa kita perlu mengambil makanan tambahan untuk menghadapi kehidupan di era 21 ini. Mengambil makanan tambahan vitamin dan mineral adalah satu cara yang selamat untuk mengoptimakan diet yang kurang sumber nutrien.
Berikut adalah 24 sebab kenapa kita perlu mengambil  makanan tambahan yang diambil dari majalah Health Digest.