Salam sejahtera buat sahabat-sahabat ummi..
Apa khabar sahabat dan kenalan ummi semua. Mungkin ramai yang bercuti ketika ini, mengambil kesempatan cuti bersama-sama anak. Inilah masanya nak habiskan masa yang berkualiti dengan anak-anak, setelah sekian masa dan saat sibuk dengan kerja dan bermacam urusan..
Sahabat-sahabat ku,
Selalu tak kita dengar orang kata begini 'emm dah tua, memanglah sakit-sakit'.Tapi sebenarnya umur bukanlah faktor penyebab kepada masalah kesihatan.Contohnya begini, kita ibaratkan sistem tubuh kita ni seperti sebuah kereta. Ada kereta yang keadaannya masih tip top walaupun sudah terlalu tua usianya. Ada juga kereta yang belum pun lima tahun dipakai tetapi keadaan enjinnya sudah teruk. Semua ini bergantung kepada tahap penjagaan kereta tu. Samalah juga badan kita ni, kalau kereta dijaga dengan baik usia kereta tahan lebih lama, begitu jugalah kalau tabiat pemakanan betul, sudah tentu taraf kesihatan berada dalam keadaan yang optimum walaupun umur sudah tua.
Dalam dunia moden sekarang, sakit pun modenkan?Kita juga ada penyelesaian cara moden...ummi nak kongsi kat sini tiga perkara yang dicadangkan oleh pakar pemakanan untuk kekal sihat, iaitu yang pertama jaga pemakanan(kalau boleh ikut piramid makanan), kedua bersenam (ni payah nak buat ni atau buat tapi tak konsisten, betul tak) dan yang ketiga mengambil makanan tambahan.
Boleh tak terima pandangan ummi, kalau ummi kata kita sakit ni disebabkan oleh makanan yang kita makan dan juga makanan yang kita tak makan. Tentu ada yang tanya macamana pulak makanan yang kita tak makan boleh menyebabkan penyakit, makanan yang kita makan memang lah penyebab penyakit, contohnya makan banyak lemak dapat kolesterol tinggi
Haa..makanan yang kita tak makan tu lah yang menyebabkan badan kita ni kurang zat itu, kurang zat ini, lama-lama datang penyakit, tambah pulak dari makanan yang membawa penyakit...Penyelesaian moden senang je, bagi menampung kekurangan itu atau tak dapat nutrien yang sepatutnya dari makanan, kita kena tambah diet kita dengan mengambil vitamin dan mineral tambahan..
Disini, ummi menyediakan pek percubaan untuk memudahkan sahabat-sahabat semua, tak perlu pilih-pilih di farmasi nak cuba yang mana satu...Boleh dapatkan Vita Lea (multivitamin), Vita-C 500mg, B-Complex dan Ostematrix (kalsium) pada harga istimewa.., untuk percubaan selama sebulan.
No comments:
Post a Comment