Tuesday, June 7, 2011

Bila masa kita boleh mula ambil suplemen?

Salam Pertemuan buat ibu-ibu...

Dah lama benor Umihannah tinggalkan menulis blog ini.Bukannya apa umi sibuk sangat.Maklumlah umi ni bekerja dan beranak kecik pulak tu.Anak yang dah besarpun masih dikira kecik lagi sebab yang sulung tu baru darjah 6.Blog ni pun tak siap-siap, tapi umi akan cuba siapkan sepenuhnya blog ni supaya dapat berkongsi perkara yang baik ini dengan ibu-ibu di luar sana secepat mungkin.

Umi nak tanya ibu-ibu, boleh ke kita katakan ibu-ibu yang bekerja di luar  sebagai part time surirumah??



Umi nak beralih pada tajuk di atas, iaitu bilakah masa atau umur yang sesuai kita nak mulakan mengambil makanan tambahan atau suplemen ni? Menurut pakar pemakanan, makanan tambahan seelok-eloknya diambil ketika masih muda seawal 20-an dan perlu diambil setiap hari bagi menampung khasiat yang kurang dalam sajian harian, contohnya vitamin C yang mudah hilang ketika proses memasak.Kesan kekurangan vitamin dan khasiat ini tidak begitu ketara ketika usia masih muda berbanding ketika usia  lebih tua.Biasanya menjelang umur 30-an, badan mula cepat letih dan lenguh apabila seharian bekerja.

Salah anggap terhadap makanan tambahan dan kurangnya pengetahuan tentang kepentingan makanan tambahan menyebabkan ramai antara kita tidak mengendahkan keperluan menjadikan pengambilannya sebagai amalan harian. Umi perhatikan biasanya ramai orang mula nak makan suplemen ni bila dah mula sakit-sakit , walhal mencegah itukan lebih baik dari merawat.Cukup dulu untuk kali ini.

No comments:

Post a Comment