Saturday, October 6, 2012

Mengapa kita perlu protein tambahan?

Assalamualaikum, 

Bertemu kembali ibu-ibu dan semua wanita di luar sana. Semoga anda dapat berehat pada cuti hujung minggu ni bagi isteri dan wanita bekerjaya. Tapi biasanya bagi isteri-isteri yang bekerja ni tiada istilah rehat kalau cuti sabtu ahad ni, betul tak? Sebab masa hujung minggu nilah nak pergi pasar, nak masak, mengemas rumah, membasuh, menggosok baju dan macam-macam benda nak buat. Tu yang bila datang kerja hari isnin penat semacam je...tak de mood.

Sahabat ummi semua,

Kalau kita nak konsisten buat sesuatu perkara kita kena ada ilmu tentangnya, begitu juga kalau nak ambil tambahan protein ni, kita kena juga ada ilmu kenapa kita perlu ambil tambahan protein, sebab kalau tak tau kenapa kita perlu ambil kita akan buat separuh jalan, malas nak bancuh, tak ambil secara tetap dan tak berterusan ambil jika dah habis.

Di sini ummi senaraikan kenapa perlu kita ambil tambahan protein :

  • Protein bersumberkan binatang seperti daging lembu, ayam, kambing, telur dan hasil tenusu kaya dengan kolesterol dan lemak yang boleh membahayakan kesihatan serta meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit seperti jantung, darah tinggi, kolesterol tinggi, strok dan lain-lain.
  • Cara pemprosesan seperti pemanasan, pembekuan, penambahan bahan-bahan kimia seperti asid, bes dan garam, proses dehidrat, penyimpanan serta pengangkutan menyebabkan kualiti protein terjejas.
  • Protein segar umpamanya putih telur, daging dan sebagainya yang dimasak dengan apa cara sekalipun akan menyebabkan kerosakan pada struktur protein dipanggil 'ternyahasil'.
  • Ikan adalah sumber protein yang baik, namun protein yang terkandung dalamnya akan berkurangan setelah disejukbekukan. Ikan juga tercemar dengan formaldehid iaitu kimia pengawet yang membahayakan kesihatan.
  • Kebanyakkan kita fikir susu adalah sumber protein terbaik. Susu mungkin mempunyai protein yang seimbang dan baik secara biologi tetapi susu hanya mempunyai 3.5% protein. Terlalu sedikit. Segelas susu hanya mempunyai 8 gm protein. Jika keperluan protein kita 50 gm, berapa banyak gelas nak minum. Lagipun 35-50% kalori dari susu adalah lemak. Bergantung jug pada jenis susu samada rendah lemak atau penuh lemak(berkrim). Lagipun minuman susu yang ditambah gula menambahkan kalori yang tesembunyi.
  • Tabiat makan di luar seperti menikmati makanan segera seperti ayam goreng, burger atau hidangan berasaskan protein yang lain kaya dengan lemak dan kolesterol, bergantung pada cara masakan diamalkan.
Amboi! banyaknya sebab kenapa perlu ambil tambahan protein. 

Tunggu apa lagi, jangan teragak-agak sms @ email ummi untuk dapatkan tambahan protein ni iaitu Energizing Soy Protein. Ummi akan hantar terus ke pintu rumah melalui pos lah tentunya. 

013 - 2072939 / ummihannah71@gmail.com

Salam sayang,

No comments:

Post a Comment