Sunday, November 18, 2012

Protein Untuk Awet Muda

Salam pertemuan buat semua...

Terima kasih pada sahabat yang sudi membaca dan mengikuti blog Untukmu Wanita ni...walaupun jarang ummi masukkan post-post baru. Sebenarnya banyak sangat ummi nak kongsikan dengan pembaca pengalaman, dan sedikit ilmu/maklumat terutama tentang pemakanan yang ummi dapat selama lebih 12 tahun terlibat dengan Shaklee.

Buat semua wanita...nak awet muda tak?

Ummi pasti jawapannya "ya". Sapa yang nak kelihatan tua dari umur kan. Salah satu caranya makan banyak protein. Macamana protein boleh jadikan kita awet muda? ikuti kajian ini...

Masyarakat Jepun mengambil kacang soya paling banyak di dunia, yang dikatakan mampu memanjangkan jangka hayat mereka berbanding orang Barat. Penyakit jantung, barah, diabetes dan osteoporosis kurang dihidapi orang Jepun. Boleh dikatakan setiap individu Jepun mengambil satu aun(oz)/40mg protein kacang soya setiap hari.

Pakar antipenuaan Barat kagum dengan jangka hayat orang Jepun. Tidak menghairankan jika rakyat Jepun yang berusia 100 tahun masih sihat dan mampu ke sawah. Jika tekanan kerja dikatakan berperanan mempercepatkan proses penuaan, umum mengetahui orang Jepun lebih kuat bekerja berbanding masyarakat lain di dunia. Ini membuktikan tekanan bukan faktor penentu taraf kesihatan seseorang.

Menurut kajian bapa teori radikal bebas, Dr Denham Harman mendapati haiwan makmal yang diberikan makanan berprotein daripada kacang soya, mempunyai sel yang sukar musnah apabila didedahkan kepada radikal bebas berbanding haiwan yang diberikan casein, protein daripada susu. Jangka hayat haiwan yang diberikan protein kacang soya dalam makanan harian juga meningkat 13 peratus.

Selain kaya dengan protein untuk tumbesaran, kacang soya bertindak sebagai bahan antipengoksidaan,  dan ia mungkin salah satu sumber makanan penting disenaraikan dalam bahan makanan kesihatan dan diet untuk AWET MUDA. 

Bahan yang bertindak sebagai antipengoksidaan yang kuat itu dikenali sebagai genistein. Bahan aktif genistein jarang ditemui dalam makanan lain dan kajian membuktikan ia mempunyai kesan tindakan awet muda yang kuat iaitu:  
  • mengganggu aktiviti sel barah pada setiap peringkat pertumbuhan sel
  • mengurangkan pembentukan timbunan lemak pada dinding saluran darah jantung seterusnya mengurangkan angin ahmar, serangan jantung dan atherosclerosis.
Berdasarkan warna ekstrak kacang soya yang putih dan bersih, di beberapa negara Asia, ramai percaya pengambilan air kacang soya boleh menjadikan kulit bayi lebih putih. Sebab tu biasa ibu mengandung minum air perahan kacang soya. Pakar tidak menafikan penggunaan protein dari kacang soya boleh mencantikkan kulit. Wanita Jepun pada keseluruhannya mempunyai kulit lebih cantik berbanding wanita negara lain.

Ummi rasa cukup sampai sini dulu kajian yang ummi ambil dari artikel oleh Dr Hassan Yaakob. Esok ummi akan tulis cara-cara mengambil kacang soya. Malam ni ummi nak rendang kacang soya , esok nak buat air kacang soya. Tak tau proteinnya banyak mana tapi oklah sebagai minuman untuk anak2. Protein shaklee sudah tentu jadi minuman sekeluarga.

Salam sayang,

No comments:

Post a Comment