Wednesday, December 22, 2010

Ketahuilah...kesihatan anda


KETAHUI CORAK PEMAKANAN ANDA…yang anda telah sedia maklum.

Ketahui apa yang anda masukkan ke dalam perut/tubuh anda.
·         Bahan perasa, pengawet, pewarna
·         Ubat-ubatan
·         Bahan kimia, racun, toksid

Ketahui apa yang anda minum
·         Klorin
·         Plumbum (dari paip air)
·         Merkuri(pencemaran logam dalam air)
·         Kimia organik (aluminium,cadmium,kuprum,hidrokabon)
·         Mikrobiologi (e.coli,sista, cryptosporidium)

Ketahui apa yang anda sedut
·         Asap rokok/kenderaan
·         Racun-racun serangga
·         Udara yang tercemar/jerebu
·         Bau-bauan (gas-gas, bahan pencuci kimia)

Ketahui proses penghasilan zat pemakanan kepada tubuh anda

            Makanan→Nutrien→sel→tisu→organ→sistem-→tubuh anda

Ketahui corak pemakanan anda
·         Karbohidrat berlebihan (nasi, tepung, gula)
·         Lemak berlebihan (makanan bergoreng, berminyak, bersantan)
·         Kurang serat (kurang sayur dan buah-buahan)
·         Kurang protin (protin dari daging/telur mempunyai lemak tinggi)
·         Air yang tidak ditapis (terdapat bahan cemar)
·         Bahan-bahan cemar dalam makanan (pewarna, perasa, pengawet)

Ketahui bahawa tahap kesihatan seseorang dipengaruhi oleh beberapa faktor berikut mengikut peratusan :
i.        Faktor rawatan dan sistem perubatan – 10%
ii.      Faktor genetik atau keturunan – 18%
iii.    Faktor persekitaran – 19%
iv.    Faktor gaya hidup – 53%

(Faktor gaya hidup menyumbang peratusan yang besar terhadap kesihatan seseorang)

Ketahui bahawa penyakit-penyakit kronik utama dewasa ini berpunca kebanyakannya dari faktor gaya hidup seseorang itu, seperti penyakit :

·         Jantung
·         Kanser
·         Kencing manis
·         Strok
·         Hipertensi (tekanan darah tinggi)
·         Asma
·         Asteoporosis
·         Artritis
·         Depression (kemurungan)

Ketahui apa yang badan anda perlu

·         Kabohidrat
·         Lemak
·         Protin
·         Vitamin dan mineral
·         Serat
·         Udara
·         Air

Ketahui berapa keperluan tubuh anda 

·         Karbohidrat – hanya mengikut keperluan kalori anda 

·         Protin – (protin lengkap) sebanyak 53 – 60 g
            ( Sepotong daging merah seberat 100g, tidak memberikan 100g protin, tetapi hanya membekalkan 19% protin, 42% lemak dan 35% air : lemak tinggi ,kolestrol juga tinggi.)

·         Lemak – nisbah lemah tak tepu kepada lemak tepu ialah 2:1
            Lemak tak tepu ialah lemak yang berasaskan tumbuh-tumbuhan atau sayur-sayuran (kecuali minyak kelapa)
            Lemak tepu ialah lemak dari sumber haiwan, mentega, minyak sapi,keju dan lain-lain.

·         Vitamin dan Mineral – keperluan vitamin telah ditetapkan oleh USRDA.
            Mengikut pakar pemakanan, untuk kekal sihat dan menjauhi penyakit pembunuh dewasa ini, keperluan harian nutrien  meningkat pada kadar yang munasabah untuk berdepan dengan gaya hidup kini dan pencemaran yang berleluasa.Contohnya, pengambilan vitamin C adalah pada kadar 1000mg -2000mg sehari.

·         Serat – keperluannya antara 25 – 30 g sehari.
            Serat bukanlah zat, kerana ia secara amnya tidak diserap ke dalam darah, tetapi ia amat penting untuk kesihatan sistem penghadaman, menurunkan tahap gula dalam darah dan kolesterol serta mengurangkan risiko jantung dan kanser.

Ketahui bagaimana kesihatan anda pada masa akan datang...

·         Bagaimana kesihatan anda 10 ke 20 tahun akan datang adalah hasil dari pilihan anda hari ini, jika anda biarkan berterusan tanpa kawalan dan pencegahan.

·         …Kerana hidup kita pada hari ini dipengaruhi oleh pilihan kita sebelum ini. Hidup kita pada masa akan datang dipengaruhi oleh pilihan kita pada hari ini…fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment