Wednesday, September 26, 2012

Ibu Mengandung Siri 3

Bertemu kembali...

Siri ke-3 ni ummi nak cerita kenapa perlu protin kepada ibu-ibu mengandung, apa kebaikannya untuk ibu dan bayi dalam kandungan dan protin yang mana terbaik yang kita nak ambil.

Protin ni penting sangat...susah ummi nak menggambarkannya..tapi ramai yang tak ambil port orang kata. Sapa antara ibu-ibu ada ambil biologi masa SPM dulu?. Tentu ada belajar tentang sel dan protin kan. Ummi pernah baca buku biologi tingkatan 4 (ummi ni bukan orang sains tapi dah minat tentang kesihatan, ummi belek-belek lah buku tu). Dalam buku tu menerangkan tentang protin iaitu terdiri dari 22 blok binaan asid amino. Asid amino ni yang ummi faham ibarat 26 huruf dari A sampai Z, yang membentuk beribu-ibu perkataan,jadi asid amino ni yang membentuk atau menjadi macam-macam fungsi dalam badan, selnya, sarafnya, hormonnya dan segalanya. Tapi dalam 22 blok amino asid tu ada 9 jenis yang badan tak boleh sentesiskan sendiri, kena ambil dari makanan, dan 13 yang lebihnya badan kita boleh hasilkan sendiri...huh nak cakap pasal protin ni tak abis 2, 3 hari ni..Maha Kuasa Allah banyak lagi ilmuNya kita tak tau. Alhamdulillah syukur kita masih lagi sihat walau mungkin kita tak cukup protin saat ini. Prosesnya kita tak nampak (pembesaran bayi dalam kandungan pun tak rasa) kita buat tak kesah jelah, ye tak?

Ibu-ibu, pembentukkan semua organ bayi dalam kandungan bermula dengan protin. Jadi pastikan ibu mendapat protin yang cukup iaitu 60 gram sehari yang ummi rujuk dari Lembaga Pemakanan, Akademi Sains Kabangsaan. 60 gram tu agak-agak ummi satu cawan. Protin yang terbaik iaitu protin soya, sebab soya adalah sumber protin yang lengkap tanpa lemak. Nak dapat kat mana? Cukup ke kalau suka minum air soya atau makan tau fu fah?.Ummi tanya ni sebab ada yang cakap kat ummi saya suka minum air soya..ialah masa mengandung lebih baik minum air soya dari kopi atau air sirap. Air soya tu bukan apa, dah kurang protinnya, mungkin dah tak lengkap sebab ia melalui proses pemanasan, soya dalam kotak atau tin pula ada bahan pengawet walaupun tulis tanpa bahan pengawet. Jadi di sini ummi nak suggest kan Energizing Soy Protin (ESP) dari Shaklee. Siri lepas ni ummi akan kisahkan apa lebihnya ESP ni, bezanya dengan orang lain , kebaikan dan kebaikannya kepada semua orang, bukan ibu mengandung saja ye, tapi semua orang, kecil, besar, tua, muda, lelaki, perempuan.....nantikannnn.


Selamat malam...anak ummi dah tidur kat riba ni. 


 013-2072939
ummihannah71@gmail.com



Monday, September 24, 2012

Ibu Mengandung Siri 2

Assalamualaikum ibu-ibu dan semua wanita yang budiman.

Salam ceria...ummi mendoakan semua ibu-ibu yang mengandung sihat dan banyak buat amalan-amalan baik ketika mengandung, banyak baca al-quran, banyak berdoa sebab doa ibu makbul dan malaikat sentiasa bertasbih buat ibu. Ummi baca satu buku katanya 'dua rakaat solat wanita hamil lebih baik daipada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil'..Banyaknya pahala ya.

Baiklah..untuk menjawab persoalan 'bila ibu mengandung nak mula ambil suplemen?'.. ummi banyak dengar dari ibu-ibu mengatakan doktor tak bagi ambil vitamin di peringkat awal mengandung, trimester kedua baru boleh mula ambil..ye ke?Ummi pernah baca satu artikel jika ibu-ibu rancang nak mengandung kena ambil bcomplex 3 bulan sebelum mengandung lagi...ye lah kan seperti kita biasa dengar nak dapat anak yang soleh kena pilih pasangan kita sebelum kawin lagi, begitu juga nak dapat anak yang sihat dan pintar..

Morning sickness...teruk betul alah ni..makan je nak muntah, bau ni tak boleh, bau tu tak boleh...pegi ke dapur pun tak boleh...boleh minum air kosong je..nasib bagi kebanyakkan ibu, tapi ada ibu tak alah pun termasuklah ummi sendiri...jadi kalau dah tak de makanan sangat yang ibu makan dalam 3 bulan pertama, mana nak datang zat yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan tu..ada tu tak sedar langsung pulak dia mengandung..Saat ini perkembangan bayi sangat kritikal iaitu pembentukan tiub nueral dan peringkat pertama pembentukkan otak.

Nak buat macamana ummi?, nak telan vitamin pun tak boleh, masuk je dalam perut terus nak muntah.. ada yang jadi macam tu.Betullah tu nak makan tak boleh, apa lagi nak telan vitamin ya tak. Di sini ummi nak cadangkan satu pemakanan yang ibu-ibu semua insyaallah boleh makan, baik yang alah atau pun tidak, yang sangat penting untuk ibu-ibu yang mengandung, sebab penbentukkan semua organ bayi bermula dengan ini...apa dia, itu lah PROTIN. Protin apa nak ambil?kan sumber protin dari ikan, telur, ayam, daging, tempe!


Haa.. Siri yang ke 3 nanti ummi akan terangkan protin yang terbaik buat semua wanita teutamanya ibu-ibu yang mengandung. Panjang-panjang sangat coretan ummi ni nanti orang tak larat nak baca pulak..kena tulis sikit-sikit barulah ternanti-nanti nak sembang dengan ummi ya tak? Tungguuu....

Salam hormat,

Ummihannah

013-2072939
ummihannah71@gmail.com

Saturday, September 22, 2012

Ibu Mengandung Siri 1

Assalamualaikum,

salam perkenalan bagi yang baru mengenali blog Untukmu Wanita,
salam pertemuan bagi yang dah pernah membaca blog ini,
salam persahabatan  buat semua pembaca...

Hampir setahun ummihannah tidak menulis Untukmu Wanita. Ummi lihat statistik ada juga yang membaca blog ni walaupun takde post-post baru. Sekarang ummi dah semangat semula nak kongsi cerita dengan pembaca-pembaca semua sebab anak ummi yang kecik tu dah 2 tahun, yang sulung dah masuk asrama.

Untuk permulaan menyambung semula pengalaman dalam blog ini, ummi nak kongsi kisah-kisah ibu mengandung untuk beberapa siri. Untuk siri yang akhir nanti ummi nak kasi beberapa petua orang dulu-dulu  untuk diamalkan semasa mengandung...jangan lupa ikuti siri ini seterusnya.

Apa perasaan ibu bila doktor mengesahkan ibu mengandung...terutama anak sulung. Tentunya sangat gembira dan bersyukur kepada Allah, lebih-lebih lagi yang dah lama menunggu anak pertama atau anak yang dah jarak sangat.. tapi ada juga ibu-ibu yang tak boleh terima bila mengandung lagi kali kedua atau ketiga lebih-lebih lagi si baby tu baru 3, 4 bulan, ya tak?..tapi nak buat camana dah rezeki, terima jelah rezeki Allah bagi, ada hikmahnya kita belum nampak.

Baiklah ibu-ibu muda di luar sana...bila mengandung je tentu terfikir nak ambil vitamin apa ye ketika mengandung..sebab dah jadi trend sekarang penambahan vitamin atau suplemen amat perlu ketika mengandung..cuma mungkin ada segelintir kot ibu-ibu yang mengandung tak ambil berat perkara ini.Tapi kebanyakkan doktor/jururawat akan beri vitamin atau tanya pada ibu-ibu 'ada ambil vitamin tak?'Kenapa perlu sangat kita ambil suplemen ketika mengandung, apa faedahnya pada bayi dalam kandungan dan pada ibu  itu sendiri dan bila masa yang sesuai nak mula makan vitamin ni....nantikan jawapannya dalam Ibu Mengandung Siri 2.

     Salam Persahabatan ,

 
   013-2072939
  

Tuesday, September 18, 2012

Jom bersihkan usus

Bertemu kembali buat sahabat-sahabat ummi semua..

Kali ini ummi nak ajak sahabat-sahabat semua untuk bersihkan usus. Kalau kereta pun kita hantar servis minyak hitam takkan usus kita yang dah bertahun-tahun guna tak nak serviskan...

Ya, kita buang air besar setiap hari, apa perlunya nak cuci usus! mungkin ada yang bertanya begitu. Beginilah ummi nak buat misalan,..suka tak makan perut lembu?..sedapkan kalau dibuat kerabu, pasti ramai yang sukakannya. Lembu makan rumput aje kan, tapi siapa yang pernah basuh perut/usus lembu tu, terukkan nak bersihkannya, perlukan air yang banyak untuk ia jadi putih bersih sehingga boleh dimakan.

Begitulah usus kita, bahkan lebih kotor lagi sebab kita makan macam-macam. Longkang kalau setakat jirus air je tapi tak disental, lama-lama pasti akan meninggalkan lumut dan bermacam kotoran yang melekat. Jika usus kita penuh dengan lemak-lemak dan bermacam benda yang melekat, menyebabkan penyerapan nutrien akan berkurang, jadi badan kita tak dapat sepenuhnya khasiat dari makanan yang diambil. Maka solutionnya usus kita perlukan satu bahan yang boleh membersih dan menanggalkan kotoran usus dengan segera dan tanpa mudarat. Biasanya proses ni orang panggil detoxification.

Di sini ummi nak perkenalkan HERB-LAX dari Shaklee yang bertindak lembut, selamat dan sangat berkesan dan tidak memudaratkan seperti produk-produk jamu dan lain-lain. Dicadangkan bersihkan usus dahulu sebelum memulakan sebarang vitamin. Hubungi ummi segera untuk dapatkan HERB-LAX dan PEK PERCUBAAN untuk sebulan.


Herb-lax dari daun Senna dan herba-herba lain dari 7 benua. Mengandungi serat, julap semulajadi, menggalakkan pembersihan yang lembut dan membantu proses semulajadi badan.






Hubungi ummi untuk sebarang pertanyaan, konsultasi dan harga istimewa.

Salam sayang,
Ummihannah